1.0 TUJUAN
Memastikan penggunaan yang berkesan tanpa memberi impak negatif ke atas capaian kepada sistem-sistem aplikasi lain yang beroperasi di dalam jaringan.
2.0 TUMPUAN MASALAH
Dua (2) faktor penting yang mempengaruhi keupayaan jaringan dalam memberi perkhidmatan yang optimum ialah :
a. Memilih masa penggunaan yang sesuai; dan
b. Cara penggunaan yang betul.
3.0 HAK PENGGUNAAN EMEL DAN INTERNET
Kemudahan penggunaan emel dan internet adalah tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik balik jika penggunaannya menyalahi peraturan tersebut.
4.0 KAEDAH PENGGUNAAN YANG BETUL (do’s and don’ts)
4.1 AKAUN emel
a. Katalaluan (password) emel hendaklah dirahsiakan dari pengetahuan umum;
b. Mengaktifkan emel pada seluruh waktu kerja;
c. Menggunakan akaun emel milik persendirian yang rasmi di dalam urusan kerjakerja rasmi;
d. Tidak membabitkan diri di dalam aktiviti penyamaran alamat emel.
4.2 PENYENGGARAAN KOTAK MEL
Penyenggaraan kotak mel pada komputer mikro adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna. Tugas-tugas itu merangkumi:
a . Menghadkan jumlah mel yang harus disimpan;
b . Menghapuskan mel-mel yang tidak penting;
c . Mel-mel yang penting dan berbentuk rahsia atau peribadi hendaklah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat;
4.3 PENYEDIAAN emel
a. Berikan mel tajuk (subject) yang sesuai untuk mengambarkan isi kandungannya;
b. Mel yang bertajuk akan memudahkan penerima memberi keutamaan ke atas mel-mel yang akan
No comments:
Post a Comment